Tuesday, 6 December 2022

KPF 4023: PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

BAB 6: TRANSFORMASI KURIKULUM KEPADA UNIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Assalamualaikum semua. Terima kasih kami ucapkan kerana melayari blog kami.

Kami ingin mengulas tajuk Transformasi Kurikulum kepada Unit Pengajaran dan Pembelajaran.

Bab ini menjelaskan tentang: 

1) Konsep dan pengertian pengajaran dan pembelajaran, 

2) Proses transformasi kurikulum kebangsaan kepada unit-unit pengajaran dan pembelajaran bagi satu mata pelajaran pilihan,

3) Menganalisis keberhasilan pengurusan kurikulum bilik darjah,

4) Merumuskan kepentingan rancangan pengajaran,

5) Membina rancangan pengajaran tahunan,

6) Menghasilkan rancangan pengajaran harian.


Secara umumnya, transformasi kurikulum merupakan usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi abad ke 21. Dalam proses transformasi ini terutamanya dalam kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat penanda aras dengan kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dan berdaya saing dengan pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu, transformasi kurikulum haruslah dipelajari bagi memastikan pendidikan berkualiti setanding dengan negara-negara maju. 

Rajah dibawah merupakan ringkasan tentang keseluruhan topik dalam bab ini;





6.1 PENGENALAN

Pendidikan memainkan peranan utama bagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan petunjuk terbaik bagi kemajuan masa depan sesebuah negara. Secara amnya kesediaan guru-guru menerima proses perubahan yang berlaku akan menentukan kelestarian dan kemampanan dalam menjana transformasi pendidikan dalam negara kita. Elemen baharu yang diterapkan akan memberi penekanan terhadap kaedah pentaksiran dan reka bentuk kurikulum yang mampu melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif selain memberi peluang setiap murid melibatkan diri dalam aktiviti sukan serta kokurikulum. Matlamat transformasi ini adalah untuk memastikan murid bersedia menghadapi cabaran hingga di peringkat global pada masa akan datang. Pada masa yang sama penambahbaikan dilakukan dan keharmonian kaum yang merupakan asas utama kepada pembentukan sistem pendidikan negara.


Rajah berikut merupakan Pemetaan Ringkasan Kandungan;














6.2 KONSEP & PENGERTIAN UNIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Konsep dan Pengertian Unit Pengajaran dan Pembelajaran



6.3 TRANSFORMASI KURIKULUM STANDARD (KSSR/KSSM)


Komponen dalam transformasi Kurikulum Standard


KOMPONEN

PENERANGAN

Standard Kandungan

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan bolehlakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.


​Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran danpencapaian yang boleh diukur bagisetiap standard kandungan.


Standard Prestasi

Satu set kriteria umum yang menunjukan tahap-tahap penguasaan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara telah dikuasai.


Elemen Merentas Kurikulum (EKM)


Unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) selain yang ditetapkan dalam standard kandungan . Elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasam dan masa hadapan.


Masa

Masa pengajaran dan pembelajaran dapat dimaksimunkan mengikut perancangan jadual waktu yang efektif.


Aktiviti PdPc


Aktiviti yang dirancang mestilah menunjukan cara objektif dicapai. Aktiviti mesti ditulis dengan jelas dalam bentuk ayat lengkap dan bukan hanya menulis perkataan, Aktiviti pdpc menggunakan PAK-21.


KBAT


Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan. Kemahiran dan nilai dalam membuat penaalukan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah , membuat keputudan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.


Penilaian


Suatu proses mentaksir sama ada kuantiti atau takat sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak. 3 langkah iaitu untuk mendapatkan maklumat melalui cara mengukur. Menetapkan sesuatu kriteria bagi pengukuran dan membuat sesuatu pentaksiran (pertimbangan) tentang pengukuran.


Refleksi

Salah satu ulasan terhadap amalan seseorang untuk memastikan ketepatan dan keakurannya kepada satu satu peraturan yang telah ditentukan.Satu proses menganlisasi, meremnung dan mencari alas an seterusnya membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki atau menambah baik kaedah pengajaran dan pembelajaran secara berterusan.





6.4 TRANSFORMASI KURIKULUM KEBANGSAAN : UNIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Transformasi kurikulum kebangsaan kepada unit pengajaran dan pembelajaran


Kurikulum Rasmi


Dikenali sebagai kurikulum kebangsaan atau kurikulum ideal dan mengandungi kriteria ideal dari segi matlamat pelaksanaan dan penilaian.(KSSR dan KSSM)


Kurikulum Kebangsaan


Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.


Kurikulum Sekolah


Segala rancangan pendidikan yang dkendalikan oleh sesebuah sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan.

Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) ialah dokumen rasmi tentang pelaksanaan pendidikan yang mengintegrasikan kurikulum , pembelajaran dan pentaksiran.Bertujuan membantu guru mengatur kandungan, proses pengajaran dan pembelajaran serta melaksanakan pentaksiran.

1. Standart kandungan

2. Standard pembelajaran

3. Standard Prestasi

- Bahagian yang meliputi RPT & RPH dan kandungan mata pelajaran serta segala kegiatan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

- Bahagian yang meliputi kegiatan pendidikan luar bilik darjah (kokurikulum) seperti kegiatan sukan, unit beruniform dan persatuan.


Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran

Dokumen pelaksanaan pembelajaran dan pendidikkan yang rasmi tentang mengintegrasikan kurikulum , pentaksiran yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum , Kementerian Pendidikan Malaysia . Bertujuan membantu guru mengatur kandungan proses pengajaran dan pembelajaran serta melaksanakan pentaksiran.


Standard Kandungan

Penyertaan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh dilakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.


Standard Pembelajaran


Satu pemetaan kriteria & indikator kualti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.


Standard Prestasi


Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap - tahap penguasaan murid , sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara telah dikuasai.


Kurikulum Sebenar

Kurikulum formal dan kurikulum tidak formal yang dioperasikan pada peringkat bilik darjah.





6.5 KEBERHASILAN PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 

Keberhasilan Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah


6.6 KEPENTINGAN MENYEDIAKAN RANCANGAN PENGAJARAN

Kepentingan Menyediakan Rancangan Pengajaran


6.7 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

   
        6.7.1 MENGAPA STANDARD?






        
          6.7.2 DSKP: APA, MENGAPA & BAGAIMANA?



        6.7.3 APAKAH KATEGORI STANDARD DALAM DSKP?

Kategori Standard dalam DSKP


6.8 RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN (RPT) BERDASARKAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM & PENTAKSIRAN


📔 RPT (Rancangan Pengajaran Tahunan) mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. 

📓RPT dirancang berdasarkan DSKP merangkumi topik pembelajaran sepanjang tahun diolah mengikut kesesuaian kelas dan tahap pencapaian murid dan disusun berdasarkan takwim sekolah tahun semasa.

Contoh Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Bahasa Malaysia Tahun 1
Contoh Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 5


6.9 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 























6.10 PENUTUP

Transformasi berkenaan membabitkan perubahan dalam bentuk, kandungan penjadualan waktu dan penekanan kepada pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan. Transformasi ini juga memberi penekanan yang lebih kepada pentaksiran berasaskan sekolah, meningkatkan penglibatan murid dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah. Pada masa yang sama, melalui transformasi kurikulum ini juga penghayatan nilai seperti perpaduan, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotisme dapat diperkukuhkan lagi.