Rancangan Pengajaran penting bagi menjadi garis panduan kepada guru agar tidak tersasar dari landasan pengajaran. Rancangan pengajaran membantu guru agar memantau prestasi pelajar dan tahap penguasaan pelajar ketika sesi pengajaran.
Selain itu, rancangan pengajaran juga menjadi peringatan kepada guru dalam meneruskan proses pembelajaran di kelas. Maka guru akan sentiasa dalam fasa pembelajaran yang betul. Bahkan guru dapat merancang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik minat untuk memahami pelajar. Misalnya aktiviti yang boleh dilaksanakan Gallery Walk, Think Pair Share, Zigzag dan sebagai.
Oleh itu, guru dapat merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran dan pelajar dapat belajar dengan baik.
No comments:
Post a Comment