6.5 KEBERHASILAN PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

i. Tidak Berkesan

- Guru dan pelajar tidak mempunyai hubungan komunikasi yang baik.

- Tidak ada pengurusan bilik darjah yang betul.

- Masalah disiplin berlaku.

- Tidak ada perancangan bilik darjah yang rapi.

- Perancangan pengajaran, pembelajaran dan kurikulum yang tidak rapi.

- Hubungan interpersonal antara guru dan murid tidak wujud.

- Guru mengamalkan gaya kepimpinan Laissez-faire iaitu kebebasan sepenuhnya dalam apa jua aktiviti pembelajaran sehinggakan menjadikan bilik darjah tidak terurus, kucar kacir, dan perhubungan guru dan murid tidak menjadi akrab dan tidak mesra.

ii. Kurang Berkesan

- Guru dan pelajar kurang mempunyai komunikasi berkesan.

- Bilik darjah kurang kondusif.

- Guru mempunyai kepimpinan yang autokratik iaitu guru mengawal murid melalui ganjaran dan hukuman sehingga mewujudkan suasana yang tertekan dan tidak menarik serta tidak kondusif.

iii. Baik

- Guru dan pelajar mewujudkan komunikasi yang baik dan tindak balas yang positif di dalam kelas.

- Guru dapat membentuk suasana pembelajaran yang positif dan berkesan.

- Guru dapat menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai dan berkendiri positif.

- Dapat mengurangkan masalah disiplin.

- Pengurusan rutin bilik darjah yang berkesan.

- Murid dapat belajar untuk mengawal dan uruskan diri sendiri.

iv. Sangat Berkesan/Ideal

No comments:

Post a Comment